Panduan Clickbank Pertama Dalam Malaysia

23 07 2008

panduan clickbank

Ebook ini adalah ebook yang menceritakan tentang bagaimana untuk buat duit dengan clickbank. Saya tahu ramai antara anda yang tak tahu apa itu clickbank. Clickbank merupakan gedung produk-produk digital seperti software, servis dan ebook yang berkualiti. Ini kerana kualiti sesebuah produk itu amat dititik beratkan oleh pihak clickbank.

Bagaimana anda boleh buat duit dengan clickbank?

Buat duit dengan clickbank ni tak susah pun sebenarnya. Yang penting anda mesti rajin promosi!!! promosi!!! dan promosi!!! barulah boleh dapat cek yang sebegini:

cek cb

Sebelum promosi anda wajib ingat bahawa bukan semua cara promosi anda itu dapat menarik untuk orang membeli produk yang anda promosikan tu. Ini kerana, anda terpaksa bersaingan dengan orang lain untuk mempromosikan sesuatu produk clickbank ini. Oleh itu, Panduan ClickBank ini akan menunjukkan anda bagaimana anda boleh memilih produk yang sesuai untuk dipromosi serta tinggi komesin yang akan clickbank bayar kepada anda.

Selain daripada produk clickbank, dalam ebook ini juga ada mendedahkan bagaimana anda boleh buat duit dengan produk-produk affiliate tempatan seperti Panduan Clickbank itu sendiri. Kalau anda menyedarinya, antara produk yang terbaik di Malaysia mereka tak akan buka affiliate mereka kepada orang awam atau public. Hal ini kerana mereka tahu produk mereka adalah yang pertama dalam Malaysia dan mereka tak hingin anda tahu akan kebenaran dan betapa berkualitinya produk mereka itu boleh buat duit. Jadi, hanya pelanggan mereka saja yang layakmenjadi affiliate bagi produk tersebut. Setiap pembelian dari affiliate sudah semestinya ada BONUS.

Jika anda membeli dari link saya, saya akan berikan anda hadiah peribadi saya. Nak tahu? daftarlah dulu di sini:

    Dengan Mendaftar News Letter Kami, Anda Berpeluang Mendapatkan Tips dan Panduan Perniagaan Serta BONUS Produk-Produk Yang Menarik. (Kami Berjanji Tidak Akan Mendedahkan Identiti Anda Kepada Orang lain):

Name:
Email:
 

Share and Enjoy: These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • blogmarks
  • co.mments
  • feedmelinks
  • Furl
  • RawSugar
  • scuttle
  • Smarking
  • Wists
  • YahooMyWeb


Bagaimana mendapatkan kredit percuma YSM untuk model perniagaan anda?

10 07 2008

YSM (Yahoo Search Marketing) adalah suatu teknik pemasaran yang anda boleh lakukannya secara berbayar. Ia seumpama google adword dimana rata-rata laman web dapat diiklankan. Untuk mendapatkan kredit percuma ysm, anda hanya perlu beberapa langkah sahaja:

Langkah 1: Anda boleh memilih kupon-kupon dibawah ini untuk anda mendaftar.

Setelah anda klik pada kupon $100 katakan, pastikan anda akan dibawa ke paparan ini ”how do you want to sign up“:pilih option ini.

ysma.JPG

Link promosi dibawah ini adalah tidak lama, sampai masanya ia akan tamat dan beritahu saya jika anda tidak dapat paparan seperti diatas setelah anda klik link kupon dibawah.

Coupon URL: Free $100 Credit
Promo Code: US2300Coupon URL: Free $100 Credit
Promo Code: US2285Coupon URL: Free $100 Credit
Promo Code: US2295Coupon URL: Free $100 Credit
Promo Code: US2283Coupon URL: Free $100 Credit
Promo Code: US2300Coupon URL: Free $80 Credit
Promo Code: USCJ10Coupon URL: Free $75 Credit
Promo Code: USCJ15Coupon URL: Free $75 Credit
Promo Code: US1522

Langkah 2: Anda akan dipaparkan seperti paparan dibawah, pastikan anda memilih market/pasaran negara mana yang anda mahu terbitkan iklan anda. Dalam contoh ini saya pilih US & Canada.  

 ysmb1.JPG

Langkah seterusnya klik “Get Started

Anda akan diminta untuk mengisi borang pendaftaran pula.

Sekian.

P:S: Perniagaan internet part time adalah sangat mengembirakan. Adakalanya time kita bekerja seperti biasa prospek akan menelefon kita bertanyakan berkenaan produk. Maknanya anda telah membuat duit dalam 2 jalan. “Kata orang menyelam sambil minum air”.

Share and Enjoy: These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • blogmarks
  • co.mments
  • feedmelinks
  • Furl
  • RawSugar
  • scuttle
  • Smarking
  • Wists
  • YahooMyWeb


Kejayaan Demi Kejayaan

9 07 2008

Share and Enjoy: These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • blogmarks
  • co.mments
  • feedmelinks
  • Furl
  • RawSugar
  • scuttle
  • Smarking
  • Wists
  • YahooMyWeb


Sample Produk Perniagaan

8 07 2008

Memberi sample adalah perkara yang harus dilakukan sekiranya anda memilih untuk menjual produk jenis ebook atau digital. Dengan adanya sample, pelanggan akan dapat lebih maklumat mengenai produk anda. Sekiranya anda mempunyai produk yang bagus dan berkualiti, anda akan mampu meningkatkan jualan daripada biasa. Ini terbukti keatas produk-produk seperti jana-wang-adsense.com, ppc percuma, rahsia10k dan sebagainya. Ini adalah antara produk yang terbaru pada tahun ini(semasa artikal ini ditulis).

Sample produk anda mestilah ringkas dan ia adalah ulasan daripada produk anda yang sebenar. Sekiranya anda dapat buat sample yang sudah boleh membantu prospek anda ia adalah lebih baik sebenarnya. Ini terbukti jika anda subscribe jana-wang-adsense.com, modul 6 adsense itu adalah sangat mudah difahami. Walaupun hanya berpandukan sample itu, anda sudah mampu menjana wang dengan teknik-teknik ringkas itu.

Secara peribadi, sekiranya anda ingin melakukan sebarang perniagaan internet, lakarlah sample dahulu supaya prospek lebih yakin dengan produk anda.  Walaupun anda berada dalam dunia perniagaan offline sekalipun, sample tetap menjadi strategy pemasaran yang penting. Ini terbukti semasa saya pernah tinggal di Penang dahulu, adalah sebuah kedai nasi kandar yang akan memulakan operasi kedainya. Sebelum membuka sepenuhnya, mereka memberi makan secara percuma setiap pelanggan yang lalu di kedai mereka selama 3 hari. Kini, kedai tersebut sudah ada pelanggan tetap mereka dan terus mendapat kunjungan.

So far.. rangkalah perniagaan anda dengan memberikan sample kepada prospek anda. Inilah antara strategy perniagaan terutamanya sekiranya anda melakukan perniagaan internet jenis produk digital atau ebook.

P:S: Letih buat budget 2009 untuk nursery.

Share and Enjoy: These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • blogmarks
  • co.mments
  • feedmelinks
  • Furl
  • RawSugar
  • scuttle
  • Smarking
  • Wists
  • YahooMyWeb


Dapatkan Bab Percuma Buku “Rahsia Bisnes MLM Di Internet”

7 07 2008

rahsia-bisnes-mlm-cover.jpg

Sebelum ini Daegan Smith dan Zamri Nanyan telah menerbitkan sebuah buku yang bertajuk “The Ultimate Blueprint Of Internet MLM Success” dan buku ini dijual di Amazon.com pada harga USD$39.95. (Wow! Mahal tu)

Jika anda berada di Malaysia, anda masih bertuah kerana dapat membeli buku ini pada harga yang sangat murah iaitu cuma RM29.90 (jangan beli di Amazon.com).

Kini, ada satu lagi berita baik untuk anda!

Buku “The Ultimate Blueprint Of Internet MLM Success” telah diterjemahkan ke dalam bahasa Malaysia. Tajuk yang diberikan ialah “Rahsia Bisnes MLM Di Internet” dan ianya boleh diperolehi di MPH Bookstore atau kedai-kedai buku berdekatan pada harga RM29.90.

Buat masa yang terhad, Zamri Nanyan sedang menjalankan promosi memperkenalkan buku ini kepada orang ramai dan beliau sedang memberikan satu bab percuma daripada buku ini kepada sesiapa sahaja yang layak.

Untuk mengetahui bagaimana anda boleh mendapatkan bab percuma buku “Rahsia Bisnes MLM Di Internet” ini, sila lawati link di bawah:

http://rahsia.bisnesdigital.com/perniagaan-internet/
bab-percuma-dari-buku-rahsia-bisnes-mlm-di-internet

Anda juga diberikan “Isi Kandungan” buku ini serta sedikit komen penulis mengenai buku terbaru ini. Jadi, klik link di atas dan jangan lepaskan peluang untuk mengetahui dengan lebih lanjut apa yang ada di dalam buku “Rahsia Bisnes MLM Di Internet” ini.

Saya sudah dapat bab percuma buku ini. Anda bila lagi? :)

Share and Enjoy: These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • blogmarks
  • co.mments
  • feedmelinks
  • Furl
  • RawSugar
  • scuttle
  • Smarking
  • Wists
  • YahooMyWeb


Apakah yang kita cari di dalam dunia perniagaan online?

6 07 2008

Apakah yang kita cari di dalam dunia perniagaan online? Adakah mencari wang..mencari kekayaan..mencari kemewahan..mencari kesenangan..mencari…mencari.. dan terus mencari.. macam anak ayam mencari ibunya sewaktu dikejar musang. Masih ingat lagu itu masa zaman persekolahan, di zaman itu saya tidak tahu apa-apa mengenai perniagaan, kini adik saya yang baru berusia 6 tahun sudah pandai berniaga. Dari manakah dia dapat idea untuk berniaga itu? Dari manakah dia mencari model perniagaan jenis itu? Ini semua bermula setelah ayahku memberinya sekotak pensil 2B. Lalu dia pula menjualnya sebatang demi sebatang kepada rakan-rakan sekelasnya tanpa pengetahuan ayah. Sedangkan harga sekotak baru ada RM4.00 (12 batang), dia menjual rm0.50 sebatang lebih murah dari yang ada dikedai, maknany disini jika adik saya berjaya menjual kesemua pensil-pensil itu dia akan beroleh keuntungan sebanyak RM2.00  .. siapakah yang mengajar dia berniaga?…Tanyalah adik saya…

Adakah kebolehan menjalankan perniagaan diwarisi oleh keturunan? Atau memang kelebihan ahli perniagaan itu sendiri? Tips modelniaga pagi ini, mencari model perniagaan yang sesuai adalah skill masing-masing. Setiap orang dikurniakan kekuatan pada sudut-sudut tertentu sebenarnya. Kita boleh mencari kekuatan diri sendiri di sudut itu. Anda bukan lahir dari keturunan ahli perniagaan? Saya juga bukan lahir dari situ, tapi dunia keusahawanan ini amat luas untuk digarab oleh semua orang. Bayangkan, jutawan terkemuka dunia pernah memberitahu beliau menjadi seorang jutawan kerana belia pandai menggunakan akalnya.. so far… gunakan akalmu untuk mencari model perniagaan yang sebenar dan serasi dengan dirimu… 

Sekian..

P:S: Selamat Bekerja…

Share and Enjoy: These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • blogmarks
  • co.mments
  • feedmelinks
  • Furl
  • RawSugar
  • scuttle
  • Smarking
  • Wists
  • YahooMyWeb


MajalahIM Edisi 5

4 07 2008

July 1, 2008

 thumb-cover5.jpg

Alhamdulillah, akhirnya Adly aka Labanon selaku Ketua Editor Majalah IM bersama Zhafran dan krew Majalah IM serta Team Flarebiz telah Berjaya menyiapkan dan menerbitkan Majalah IM untuk edisi Jun. Walaupun mereka agak lewat kerana masalah-masalah yang tidak dapat dielakkan di samping beliau sibuk dengan pelancaran produk Rahsia 10K pada pertengahan bulan Jun lepas, namun Majalah IM edisi Jun ini tetap diterbitkan.

Seperti edisi MajalahIM yang lepas, Majalah IM 5 turut dihiasi dengan cover yang unik dan menarik. Mungkin menjadi antara edisi cover yang terbaik setakat ini.

Terdapat banyak isi kandungan  yang menarik perhatian saya pada edisi Jun ini. Antaranya, Anda Mahu Wang Tunai Segera?, Jangan Berhenti Belajar!, Resepi Kejayaan Dengan Minda Anda!, Anda Gagal, SEO Dan Kepentingannya dan sebagainya.

Kelainan pada edisi ini, Majalah IM memuatkan kartun hasil lukisan kartunis yang tidak asing lagi iaitu saudara Ubi. Hasil kerjanya sangat kreatif dan kemas.

Majalah IM terus menganas dengan kehadiran penulis baru yang hebat iaitu saudara Fuad Latip yang merupakan pakar Search Engine Optimization (SEO). Beliau akan menerangkan secara berperingkat iaitu 1 bab setiap bulan sehingga bab ke terakhir iaitu bab 8. Bermakna otai SEO kita ini akan menulis artikel berkenaan SEO dalam Majalah IM sehingga edisi Majalah IM yang ke-12.

Selain itu otai-otai IM kita seperti Irwan Dahnil, SmartZul, Amar Mahmood, Shamsuddin Kadir, Alang, Tazilan Ibrahim, Galadriel, Zamri Nanyan dan Amirol terus menyumbangkan hasil penulisan yang sangat tidak ternilai di dalam Majalah IM 5 ini.

Oleh itu, jangan lepaskan peluang mendalami serta belajar peluang dan panduan menjalankan perniagaan Internet di Majalah IM sekarang.

KLIK SINI UNTUK DOWNLOAD

Share and Enjoy: These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • blogmarks
  • co.mments
  • feedmelinks
  • Furl
  • RawSugar
  • scuttle
  • Smarking
  • Wists
  • YahooMyWeb


Model Perniagaan Internet Arbitrage Berkesan

27 06 2008

Model perniagaan internet yang berkaitan dengan program internet yang menggunakan arbitrage amat berkesan sebenarnya. Hari ini (Jumaat) saya dapat pendapatan ke 3 menerusi google adsense.

Pada mulanya saya telah merangka sebuah ebook yang menerangkan tentang ini, tapi malangnya saya tak dapat buat demikian kerana window saya telah hilang lepas saya uninstall Anti Virus. (Kononnya nak tukar antivirus lain). Tapi semua data tu saya tak backup. Nampaknya mungkin saya diajak untuk berkongsi di sini.

Pastinya semua nak tahu bagaimana untuk tambahkan pendapatan internet. Sebenarnya banyak cabang. Tapi apa yang saya lakukan adalah arbitrage.

Arbitrage:-

1) Bina blog yang “niche-high paying keyword” di www.blogger.com

2) Buat posting

3) Daftar Google Adsense

4) Masukkan kod Google Adsense ke dalam blogspot anda

5) Promosikan blog dengan cara berbayar di Yahoo Search Marketing (YSM). (dapatkan kupon penjimatan).

6) Monitor Kempen di YSM

Ini antara 6 steps untuk mencapai tahap cukup-cukup makan dalam buat duit dengan kaedah arbitrage ini.

Kunci utama dalam arbitrage ialah keyword yang anda guna di blog anda adalah “high paying” jika tidak anda akan berada selamanya dalam kerugian. Saya akan menceritakan sedikit demi sedikit untuk topik akan datang. saya pun dah mengantuk sangat, esok kerja pula. Kena tinjau nursery selalu. ok.. tata.

P:S: Optimasi keyword dalam artikal amat penting untuk Ranking Laman Web/blog anda.

Share and Enjoy: These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • blogmarks
  • co.mments
  • feedmelinks
  • Furl
  • RawSugar
  • scuttle
  • Smarking
  • Wists
  • YahooMyWeb


Pre-Pelancaran 10 Asas Membina Model Perniagaan Internet

23 06 2008

Benarkah Kita Boleh Buat Duit Dengan Internet?

Walaupun masih dalam dunia yang serba canggih ini, tidakkah anda terfikir bahawa masih ramai lagi orang diluar sana yang tidak tahu akan kewujudan satu sistem buat duit yang agak mudah sebenarnya. Iaitu sistem buat duit menggunakan internet. Mahu tidak mahu, Asas perniagaan mestilah patut diketahui dahulu, baru boleh pergi kepada advance sedikit.

Semasa saya sedang menaip ini, ebook ini masih lagi dalam proses pembikinan dan penyusunan semula serta proses penyemakkan. Versi Ebook Sebelum ini pernah diberikan secara percuma kepada 50 subscriber terawal, sambutan agak menggalakkan. Isi kandungannya pun tak seberapa dan agak umum. Kini saya sedang untuk buat yang terbaik dan mudah difahami untuk sesiapa sahaja yang tiada langsung basic/asas perniagaan internet ini, bolehlah menjadi subscriber di www.modelniaga.com dahulu. July 2008 akan bermulanya Pre-Lunch yang sebenar. Kalau diizinkan oleh Nya, awal dari itu saya akan lancarkan sepenuhnya.

Sekian sajabuat kali ini,

P.s: Posting ringkas dari Pusa, Sarawak.

 

E-book Ini Mendedahkan bagaimana untuk membuat duit dengan Internet. E-Book Ini mendedahkan 10 Asas yang diamalkan oleh kebanyakkan Peniaga di Internet Mengaut Keuntungan.

 

Share and Enjoy: These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • blogmarks
  • co.mments
  • feedmelinks
  • Furl
  • RawSugar
  • scuttle
  • Smarking
  • Wists
  • YahooMyWeb


PPC Adalah Senjata Utama Dalam Perniagaan Internet

1 06 2008

Melalui pengalaman, PPC sememangnya berkesan untuk mendapat pengunjung laman web yang unik. Maksud unik di disini adalah pelawat yang berkehendakkan kepada sesuatu yang dicarinya. Melalui PPC juga, saya telah mendapat 2 kali bayaran daripada Google Adsense dan kini hendak masuk kali ke 3 saya akan terima bayaran. Semasa saya menerimanya kali pertama, sememangnya amat gembira kerana tak pernah lagi dapat duit dari internet. Kini tanpa pening2 kepala untuk dapatkan pelawat, guna saja teknik PPC.

PPC tak akan berkesan jika anda tak dapat menguasai sesuatu keyword. Untuk mendapatkan keyword yang sesuai, anda perlulah mencari serta mengji dan mengkaji keyword atau kata kunci tersebut. Kini, saya hanya hidup dengan 1 keyword saja. Keyword adalah rahsia. Tak akan ada orang yang akan bagitahu anda sesuatu keyword yang diorang guna kerana keyword adalah periuk nasi bagi mereka. Jika anda menguasai keyword, anda akan menguasai pasaran bagi keyword tersebut. Sejauh mana kefahaman anda tentang ini?

Kebanyakkan usahawan internet banyak menghabiskan masa dengan kajian keyword ini, banyak ebook2 yang menerangkan tentang kajian keyword. Tak payah pening2 nak cari jauh2, dalam blog ni kat bahagian link tu pun ada laman web/blog yang anda boleh lihat keyword yang menguntungkan. Jika anda telah jumpa yang sesuai dengan anda, maka develop lah keyword ini dengan kretiviti anda sendiri supaya ia menjadi terancang dan seterusnya akan terfokus.

Sekian saja untuk hari ini.

P:S: Sudah berpindah ke Ladang Enggang, Pusa. Sarawak.

Share and Enjoy: These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • blogmarks
  • co.mments
  • feedmelinks
  • Furl
  • RawSugar
  • scuttle
  • Smarking
  • Wists
  • YahooMyWeb